- Publisher :Oyez!Books
- ISBN :9789670999852
- Author :Nani Menon
- Illustrator :Emila Yusof
- Language :Bahasa Malaysia
9789670999852
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Product Details:
Setiap hari Adam melihat banyak benda yang boleh bergerak. Apa benda yang dilihatnya?
Apakah Yang Bergerak? adalah salah satu daripada enam buah buku bergambar kanak-kanak yang menarik oleh Nani Menon, diilustrasi oleh Emila Yusof. Buku ini dibuat dari kertas tebal dan saiznya juga lebih besar supaya sesuai untuk kanak-kanak kecil membaca sendiri atau bersama ibu-bapa.
NANI MENON sudah menghasilkan beberapa siri buku pra-sekolah yang menjadi rujukan di tadika seluruh negara. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan bekerja sebagai penyelaras selama 26 tahun di Makmal Perkembangan Kanak-kanak Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).
EMILA YUSOF adalah ilustrator dan penulis prolifik yang telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku kanak-kanak. Beberapa buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Vietnam, Cina dan juga Indonesia. Beliau telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.