- Publisher :Oyez!Books
- ISBN :9789670999876
- Author :Nani Menon
- Illustrator :Emila Yusof
- Language :Bahasa Malaysia
9789670999876
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Product Details:
Adik sering meminta bantuan kakaknya. Dia tidak mahu buat sendiri. Kakaknya mahu mengajar adik berdikari. Adakah adik akan berubah?
Cuba Buat Sendiri adalah salah satu daripada enam buah buku bergambar kanak-kanak yang menarik oleh Nani Menon, diilustrasi oleh Emila Yusof. Buku ini dibuat dari kertas tebal dan saiznya juga lebih besar supaya sesuai untuk kanak-kanak kecil membaca sendiri atau bersama ibu-bapa.
NANI MENON sudah menghasilkan beberapa siri buku pra-sekolah yang menjadi rujukan di tadika seluruh negara. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan bekerja sebagai penyelaras selama 26 tahun di Makmal Perkembangan Kanak-kanak Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).
EMILA YUSOF adalah ilustrator dan penulis prolifik yang telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku kanak-kanak. Beberapa buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Vietnam, Cina dan juga Indonesia. Beliau telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.