OYEZ Puteri Gunung Ledang

9789670999197

  • Publisher :Oyez!Books
  • ISBN :9789670999197
  • Author :Emila Yusof
  • Illustrator :Emila Yusof
  • Language :Bahasa Malaysia

More details

RM52.00

   Delivery Options
Standard Delivery 2 - 5 days
Estimate Delivery Cost: RM6.00
Free Shipping for total spending above RM50 within the same seller
Payment Methods
Payment Methods

Seller Oyez!Books  
Brand Oyez

Motherhood Rewards
You can collect 50 loyalty points with this item. Remember: These points can be used during your next purchase.


More info

Product Details:

Berikut adalah deskripsi oleh Emila tentang buku ini:

“Pelbagai versi dongeng Puteri Gunung Ledang telah saya baca, namun saya rasa jalan penceritaannya hampir sama.Saya terpanggil untuk menceritakannya semula dari sudut yang berbeza. Saya bayangkan saya berdiri di belakang puteri dan melihat apa yang terjadi.

Untuk buku ini, saya terinspirasi untuk menggunakan corak sarung batik sesuai dengan ceritanya. Corak sarung batik dalam buku ini berteraskan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada batik sarung Malaysia.

Saya dedikasikan buku ini kepada allahyarhamah ibu mertua saya (kelahiran daerah Ledang) yang gemar memakai sarung batik sebagai pakaian harian.” ~ Emila

EMILA YUSOF adalah seorang penulis dan pelukis buku bergambar kanak-kanak yang berasal dari Raub, Pahang. Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap sastera kanak-kanak, Emila mula menulis dan melukis buku bergambar kanak-kanak sejak tahun 2007. Buku bergambarnya yang pertama bertajuk My Mother’s Garden diterbitkan oleh Oyez!Books pada tahun 2010. Sehingga tahun 2017, Emila telah menulis dan melukis lebih daripada 40 buah buku. Sebahagian bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Jerman, Cina, Indonesia dan juga Vietnam. Emila juga telah memenangi beberapa penghargaan di Malaysia dan SIngapura.

Reviews

0.0 /5
 
0 Review

Write a review

OYEZ Puteri Gunung Ledang

OYEZ Puteri Gunung Ledang

  • Publisher :Oyez!Books
  • ISBN :9789670999197
  • Author :Emila Yusof
  • Illustrator :Emila Yusof
  • Language :Bahasa Malaysia

Write a review

Customers who bought this product also bought:

More Products in this category:

More Brands in this category: